Pages

Subscribe:

Tuesday 18 September 2012

Kenapa perlu ambil supplement

Bila bercakap pasal vitamin kita mungkin tertanya-tanya PERLU ke kita ambil Vitamin?. MENGAPA kita perlu Vitamin dan dari mana SUMBER Vitamin ni sebenarnya.. Vitamin ni memang sangat-sangat PERLU bagi memastikan kesihatan kita berada pada tahap yg tebaik. Itu bagi menjawap soalan yang pertama.

Mengapa?!. Mudah saja, sekiranya berlakunya kekurangan vitamin, kebolehan tubuh untuk berfungsi dengan baik akan terganggu. seterusnya akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius.  Contohnya kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan masalah penglihatan. Kekurangan vitamin C pula boleh menyebabkan kulit bermasalah, reaksi alergi dan banyak lagi. Manakala kekurangan kalsium boleh membawa kepada masalah tulang pada jangkamasa yang panjang.

Ramai orang merungut tentang kesihatan tubuh yang semakin merosot setiap tahun, kebanyakan dari kita berandaian bahawa itu merupakan fenomena biasa bagi yang sudah meningkat usia. Sedangkan hakikat sebenar mungkin disebabkan kekurangan zat dan vitamin dari masa kesemasa. Sebab itula kadangkala kita dapati sesetengah individu yang berusia lebih 'sihat sejahtera' berbanding yang 'muda rumaja'. Terutamanya mereka yang menjaga kesihatan dan pemakanan mereka.

Dari mana SUMBER nya?. Mungkin kita tertanya-tanya kalaulah vitamin ni sebegitu penting tak kan lah takde cara mudah untuk mendapatkannya.. Memang ada, iaitu melalui makanan seharian kita. Lihatlah sempurnanya ciptaan ALLAH dijadikan kita memperolehi sumber penting ini melalui perkara yang kita lakukan setiap hari iaitu makan..

 Iya kita makan setiap hari sepatutnya kita memperolehi zat dan vitamin ini setiap hari tanpa masalah, jadi megapa kita masih mengalami kekurangan zat sedangkan kita makan setiap hari. Penyebabnya mudah, hal ini boleh disebabkan daripada tabiat pengambilan makanan yang tidak seimbang contohnya 'anti sayur'.  penyediaan makanan yang tidak betul contohnya 'terlebih masak hingga hilang zat dalam makanan.

Itu baru alasan biasa yang terjangkau oleh minda orang-orang biasa macam saya. belum lagi disebut bab-bab saintifik seperti sumber makanan yang di ubah genetiknya. Mahupun penggunaan bahan kimia yang berlebihan dalam industri makanan. Pening kan, takut pun ada kalau di fikirkan semula.

Jadi bagi mengatasi masalah-masalah ini pengambilan supplement yang bersesuaian amatlah perlu. Dan pastikan ianya dari sumber yang terbaik dan diperakui seperti SHAKLEE. Untuk tahu keperluan anda jgn ragu-ragu hubungi saya utuk bertanya..