Pages

Subscribe:

Wednesday 9 October 2013

KENALI TUBUH KITA

 Assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ni nak buat satu entry ringkas saja tentang fungsi organ manusia. pernah tak kita terfikir apakah fungsi setiap organ yang di ciptakan pada tubuh kita. semoga entry ni dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat dan mudah-mudahan dapat menambahkan rasa syukur kita kepada yang Maha Esa..


ORGAN
FUNGSI
Otak
Mengawal system saraf
Jantung
Mengawal atur peredaran darah dalam tubuh
Paru-paru
Membantu membekalkan oksigen untuk tubuh
Peti suara
Menghasilkan suara
Perut
Menguraikan makanan
Hati
Menghasilkan bahan kimia yang penting bagi kehidupan dan pencernaan
Pundi hempedu
Membantu pencernaan makanan
Pancreas
Membantu mengawal paras gula dalam badan
Limfa
Membantu menentang jangkitan
Usus kecil
Menyerap zat makanan
Usus besar
Menyerap air dan menyingkirkan bahan buangan
Buah pinggang
Mengawal atur cecair dalam badan
Pundi kencing
Menyimpan air kencing
Kulit
Melitupi tubuh

Anugerah yang tidak ternilai ini haruslah di jaga sebagai satu tanda kesyukuran kita.






Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com

Call/SMS : 016-6472335

Sunday 26 May 2013

KEHAMILAN

Saat kehamilan sememangnya indah dan dinantikan oleh setiap wanita bergelar isteri. Namun keindahan yang dirasakan tidak dapat memadam kesulitan yang di alami sepanjang tempoh kehamilan. Setiap wanita akan mengalami komplikasi yang berbeza-beza.
  
Ada yang muntah-muntah, situasi ini biasanya akan berlarutan sehingga 4 bulan bagi kebanyakan wanita. Tetapi ada juga yang mengalaminya sepanjang kehamilan. 



Ada yang mengalami kekejangan kaki atau 'seliuh biawak'. sekali kena memang nak menangis, apatah lagi berkali-kali. Ada pula yang mengalami sembelit yang berpanjangan, mengalami kesukaran untuk tidur, apatah lagi bangun tidur he... Masalah urat timbul, tulang rapuh, gigi luruh dan banyak lagi.


Jadi amat penting kita mendapatkan nutrisi secukupnya yang diperlukan oleh tubuh sepanjang tempoh kehamilan. Apa yang diperlukan oleh tubuh ketika hamil tentunya tidak sama dengan sebelumnya. Kekurangan nutrisi bukan saja mampu memburukan kompliaksi sepanjang tempoh kehamilan, tetapi turut memberikan kesan selepas bersalin nanti. 

Contohnya kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan kaki semasa tempuh kehamilan, manakala selepas bersalin nanti anda bukan saja kehilangan lemak malahan gigi anda.  Bayangkan senyuman anda tanpa gigi selepas bersalin nanti. Percayalah tudung ropol-ropol pun tak 'dapek nak nolong' he..

Jadi mari kita tengok set kehamilan Shaklee yang best ni dan fungsi setiap satunya

1. Vita-Lea      : membekalkan nutrisi yang lengkap

2. B Complex  : mengekalkan kesihatan tubuh, saraf dan mengandungi asid folic yang bagus   
                           untuk ibu dan  bayi.
                                     
3. Vita C         : Mengekalkan kesihatan gusi dan keanjalan urat, mengelakan gusi                      
                          berdarah dan masalah urat timbul

4. Oste Matrix  : Membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh, mengelakan tulang  
                              dan gigi rapuh. Mengelakan masalah 'seliuh biawak', malahan kalsium yang 
                              mencukupi semasa hamil turut dapat mengurangkan risiko tekanan darah 
                              tinggi ketika hamil.

Psst: kandungan Mg dalam Ostematrix juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit tau..









Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp :019-338233








Tuesday 21 May 2013

KANSER / BARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Ini saya mahu bekongsi tentang penyakit Kanser atau barah. Perkataan CANCER sebenarnya berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ketam, yang mana ianya tersebar di dalam tubuh pengidapnya seperti sepit ketam.

Kanser merupakan penyakit yang mana sell tubuh berganda secara tidak normal dan tidak terkawal, seterusnya menghasilkan ketumbuhan atau lebih dikenali sebagai tumor. kanser boleh bermula dari mana-mana bahagian tubuh tetapi boleh tersebar keseluruh tubuh sekiranya tidak dikawal dengan pantas.

Kanser yang paling kerap berlaku adalah kanser kulit namun kanser kulit bukan sahaja tidak berpotensi untuk merebak malahan mudah dirawat. Kanser yang paling kerap menyebabkan kematian ialah kanser paru-paru dan kebanyakan pengidapnya merupakan perokok.    

Walaupun kanser boleh disebabkan oleh bawaan genetik namun kebanyakannya adalah disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kajian juga menunjukkan kira-kira 6 juta kematian diseluruh dunia di sebabkan oleh Kanser setiap tahun.

Cara terbaik bagi mengatasi kanser ialah dengan mengamalkan diet yang sihat iaitu diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah buahan, yang mana inaya mempunyai unsur-unsur antioxsidan yang tinggi.

Mengamalkan pengambilan Suplemen yang bersesuaian juga insyaa Allah dapat membantu. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang baik bagi tujuan ini, antaranya ialah VIVIX, Carotomax, Vita C dan Vitamin E complex yang mana ianya kaya dengan unsur-unsur antioksida 



Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335


Friday 15 February 2013

Jerawat (Acne)


Masalah jerawat bukan hanya mempengaruhi keadaan luaran seseorang, malah ia turut memberi kesan dari sudut emosi dan keyakinan diri. Jadi amat penting untuk kita menilai isu jerawat dari sudut yang lebih serius bebanding hanya sebagai isu penampilan yang boleh di remehkan.

Jerawat sebenarnya terhasil apabila pori-pori tersumbat dan terkena jangkitan. Seperti yang kita ketahui hormon memainkan peranan dalam penghasilan jerawat. biasanya tubuh akan menghasilkan sebum (minyak) dan merembeskannya melalui kelenjar minyak (sebaceous glans). Cecairan minyak ini sebenarnya penting bagi melindungi kulit dari unsur luaran dan bagi tujuan melembabkan kulit.
Proses penghasilan jerawat pada permukaan kulit

Tetapi semasa usia remaja, dan pada ketika berlakunya ketidakstabilan hormon proses yang sepatutnya mendatangkan manfaat pada kulit sebaliknya  menjadi pencetus kepada masalah jerawat. Ini kerana ketidakstabilan hormon akan meningkatkan penghasilan sebum seterusnya menyumbat rongga kelenjar. Maka terhasilah bonjolan merah di atas permukaan kulit iaitu jerawat.

Ini seterusnya meningkatkan pertumbuhan bakteria dan yis pada kulit. Perumbuhan organisma ini pula menghasilkan inflamasi atau keradangan pada kulit. Keradangan di permukaan kulit akan menghasilkan bintil jerawat manakala keradangan di lapisan bawah kulit biasanya akan menghasilkan parut.


Biasanya orang akan mengambil antibiotik bagi menyelesaikan masalah jerawat tetapi penggunaan antibiotik untuk jangka masa yang panjang bukan hanya boleh menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk malah mampu menyebabkan masalah pencernaan.

Jadi pengambilan Supplement yang bersesuaian adalah digalakkan bagi mengatasi masalah jerawat secara semulajadi dan tanpa kesan buruk pada masa akan datang.

Antara yang disarankan oleh pakar ialah penggambilan Zinc, omega 3, vitamin E dan vitamin A ( rujukan buku: prescription for natural cures). Saranan saya ambillah supplement Shaklee untuk kualiti yang terjamin..


Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335

Monday 11 February 2013

Visceral Fat Vs. Subcutaneous Fat


Seringkali kita dengar orang nak buang lemak. Lemak dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif, tubuh tak menarik la, perut buncit la, malahan pelbagai penyakit turut dikaitkan dengan lemak.

Sebenarnya lemak turut memainkan peranan yang penting bagi tubuh contohnya sebagai sumber penyimpanan tenaga. Malahan lemak turut merembes beberapa jenis hormon bagi melancarkan fungsi tubuh, antaranya leptin, adiponectin dan hormon tumor necrosis factor-alpha. Walaupun begitu lemak berlebihan sememangnya mendatangkan lebih banyak masalah daripada kebaikan.

Terdapat dua jenis lemak dalam tubuh manusia iaitu Viseral fat (lemak dlm rongga abdomen) dan Subcutaneous fat (lemak di bawah permukaan kulit). ’Subcutaneous fat’ akan menyebabkan selulit dan kegendutan. Manakala ’viseral fat’ pula menyebabkan implikasi yang lebih buruk antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis (type 2), kolesterol tinggi penyakit jantung malahan strok.

 Diagram menunjukkan kedudukan viseral fat dan subcutaneous fat

Viseral fat boleh memenuhi rongga perut dan menyelaputi organ-organ penting dalam tubuh seperti, hati jantung, pundi hempedu, pancreas dan organ-organ lain yang terdapat dalam rongga abdomen, perkara ini seterusnya menggangu fungsi organ tersebut. Sesiapa saja berpotensi mempunyai viseral fat sekalipun mereka yang kurus. Mereka yang bekerja di dalam pejabat dan kurang bergerak paling berisiko mempunyai viseral fat. 


 

Bentuk badan turut mempengaruhi pengumpulan viseral fat. Individu yang mengalami kegemukan  bentuk `apple shape’ lebih berisiko mempunyai viseral fat bebanding individu yang mengalami kegemukan bentuk `Pear shape’.     


Tetapi masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan mengamalkan diet yang sihat dan senaman yang teratur. Serta mengamalkan pengambilan supplement yang bersesuaian. Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa dari Shaklee merupakan supplement yang terbaik untuk anda.

Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335

Saturday 9 February 2013

Resdung / Sinusitis



Resdung atau Sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manusia. Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara ia terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ianya boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos dijangkiti oleh bakteria, virus atau kulat, ia akan menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak ini akan mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami reaksi alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak seterusnya menggangu pergerakan udara serta pengeluaran cecair.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya, malah pada fasa yang lebih teruk boleh menybabkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Berikut merpakan simptom Sinusitis
  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata dan di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar mata atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus. 
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka. 
  • Hidung yang sentiasa berair.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang. 
  • Bersin dan gatal hidung.
  • Hidung tersumbat.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Pening kepala.
  • Kelesuan. 

 Jadi cubalah Shaklee untuk mengatasi masalah resdung, apa yang diperlukan hanyalah B-Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Insyaa Allah berkesan.



Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335

Alergi (Alahan)



Alergi (alahan) boleh ditakrifkan sebagai reaksi system imun tubuh terhadap sesuatu yang tidak menyebabkan masalah kepada orang lain. Orang yang menghadapi masalah Alergi biasanya akan sensitif terhadap lebih dari satu benda. Benda-benda yang biasanya mampu mencetus reaksi alergi termasuklah.
  • Debunga
  •  Debu hama 
  •  Makanan
  • Gigitan serangga
  • Ubat-ubatan
  • Kulit haiwan (lama yg mengelupas)  (pet dander)
Bagaimanakah seseorang itu boleh menghidap alergi? Secara saintifiknya telah dibuktikan bahawa kedua-dua faktor genetik dan persekitaran turut menyumbang dalam tercetusnya alergi.



Anaphylaxis adalah fasa reaksi alergi keseluruhan badan, ia berlaku dengan pantas kepada pendedahan bukan kali pertama terhadap bahan pencetus alergi. Tisu-tisu badan akan membebaskan histamine serta beberapa bahan lain seterusnya meyebabkan penyempitan saluran pernafasan, serta pelbagai lagi simptom lain. 



 Jadi jangan biarkan alergi anda menjadi lebih teruk dan memusnahkan kualiti hidup anda, cubalah Shaklee, apa yang diperlukan hanyalah B-Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Insyaa Allah dapat menyelesaikan masalah Alergi anda.



Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335

Friday 8 February 2013

Buasir


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya nak bekongsi tentang sejenis penyakit yang orang selalu buat lawak tentangnya tapi hakikatnya tidaklah selucu yang di sangka. Malahan orang yang menghidapnya pasti tahu kesakitan, kepedihan dan ketidakselesaan yang di hadapi, lebih menyukarkan ‘lokasi kejadiannya’ yang agak ‘sulit’ menjadikan ramai orang hanya mendiamkan diri dan menanggung penderitaan sendirian.

Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum atau dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, seterusnya menimbulkan rasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah meregang dan membonjol. Malahan adakalanya ia boleh pecah.

Buasir boleh di bahagikan kepada dua, iaitu buasir dalaman dan luaran. Biasanya buasir dalaman, tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi aktiviti meneran dan pegerakan najis yang melaluinya boleh mencederakan permukaan buasir dan seterusnya menyebabkannya pendarahan berlaku. Hasilnya anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada mangkuk tandas. Walaupun keadaan ini tidak berbahaya namun adalah dinasihati anda mendapatkan bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Malahan sekiranya ianya belarutan penghidapnya mungkin menghadapi masalah kekurangan darah atau anemia.

Buasir Luaran pula akan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Malahan jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), pembekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala ini menyebabkan buasir luaran memerlukan rawatan perubatan. Apabila salur darah vena rektum teregang dan terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang sepenuhnya. Buasir ini boleh berulang kembali walaupun dengan tekanan yang lebih ringan berbanding yang terdahulu.

Berikut merupakan antara penyebab Buasir

  • Duduk dalam jangka masa yang lama
  • Kerap meneran (ketika najis keras atau sembelit) selalunya disebabkan kurang pengambilan air dan sayuran  
  • Cirit-birit
  • Duduk atau mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Peningkatan berat semasa mengandung
  • Bersalin
  • Mengangkat barang yang berat 
  •  
     
Berikut merupakan produk Shaklee yang insyAllah mampu mengatasi masalah Buasir
     
     



Zinc Complex : Membantu penyembuhan luka di bahagian dubur

Omega Guard :Membantu mengecutkan otot dubur yang bengkak
Ostematrix : Mengatasi sembelit yang menjadi punca utama buasir


 Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp: 019- 3382335

Anti-aging (Awet muda)

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Diam-diam kita sudah pun berada di tahun 2013. Alhamdulillah, Ada yang bertambah rezeki, ada yang bertambah zuriat, ada yang bertambah tangung jawab tapi yang pasti kita semua bertambah usia.  Bercakap tentang bertambah usia ni banyak lah isu-isu yang seiringan dengannya. 

Ada orang takut jadi tua, ada yang rahsiakan usia semata-mata nak orang fikir dia muda. Cuba fakir kenapa agaknya.. Sebanarnya ini bukan isu nombor, ini isu keadaan diri. kalau umur 100 tahun sekalipun tapi nampak macam 20 tahun semua orang tak kisah tentang usia, mungkin mereka akan berasa bangga pula menyebut usia sebenar mereka. Jadi buat apa menipu usia pada orang, lebih baik pebaiki diri kita supaya orang lain nampak kita muda. Umur?? biar diorang tentukan berapa he..

Bila bercakap tentang muda , kita tidak dapat lari dari Collagen. Apakah Collagen sebenarnya?.  Di sini  saya kongsikan apa sebenarnya Colagen dan apakah fungsinya dalam tubuh kita.


Kolagen yang menyusut menghasilkan kedutan pada kulit

Kolagen merupakan protein yang terdiri daripada asid amino, yang mana ianya terbina daripada carbon, oksigen dan hydrogen. Kolagen terdiri daripada amino asid yang tertentu iaitu Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine.

Daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia Kolagen merupakan kira-kira 30% daripadanya. Ianya merupakan struktur yang kuat dan teguh yang terdapat dalam tubuh manusia seperti tulang, tendon dan ligamen.

kolagen juga merupakan sebahagian daripada tisu penghubung pada kulit manusia yang menjadikan ianya anjal dan lembut. Malah ianya juga membantu pembaharuan kepada sel-sel kulit. 

Selain daripada itu kolagen juga wujud dalam tisu otot licin (smooth muscle). Saluran darah, saluran pencernaan, jantung, pundi hempedu dan buah pinggang. Malahan kolagen merupakan komponen utama dalam rambut dan kuku. 

Namun sealiran dengan penambahan usia penghasilan kolagen akan semakin bekurangan, akibatnya kulit akan menjadi lebih tipis dan mudah rosak. Malahan ianya akan kendur dan berkedut. Rambut tidak lagi lebat dan berseri. Tendon dan ligament menjadi kurang anjal, sendi pula mula mengetat dan menimbulkan rasa sakit. 


Kesan kekurangan kolagen terhadap struktur wajah manusia.


 Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa kolagen bukan saja merupakan unsur yang tidak asing dalam tubuh manusia malahan ianya sangat penting bagi tubuh untuk berfungsi dengan baik.

Namun semakin bertambah usia seseorang semakin kurang kolagen  yang mampu dihasilkan oleh tubuh. Jadi Shaklee menawarkan jalan penyelesaian bagi perkara ini. 

Kita perlu sedar pengambilan kolagen bukan hanya bagi tujuan kecantikan tetapi ia juga mampu mengatasi pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis malahan masalah kabur penglihatan bagi golongan berusia.

Di sini saya senaraikan antara manfaat mengamalkan pengambilan kolagen Shaklee.

•    menghasilkan asid amino  penting seperti :
•    lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina 
     struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
•    melembap, menegang dan menganjalkan  kulit, mengekalkan kulit cantik serta 
      menghalang penuaan.
•    arginin - menghasilkan pola tidur  dan memudahkan  tidur nyenyak.
•    mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
•    melindungi tulang rawan pada sendi daripada kerosakan oksidatif .
•    menampung air dalam tubuh.
•    Membantu meningkatkan penyerapan kalsium.
•    menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
•    meningkatkan isyarat induksi
•    meningkatkan kualiti rambut dan kuku.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan Shaklee Collagen Powder anda hari ini.




Saranan pengambilan Shaklee Collagen Powder di waktu pagi semasa perut kosong untuk kesan yang optimum.


Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335

Thursday 7 February 2013

I'M YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Saya  adalah pengedar sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Sila hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee pada harga yang istimewa. Terdapat pelbagai produk yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda, antaranya,

- set kesihatan optimum
- set ibu hamil 
- set pembedahan
- set berpantang
- set ibu menyusu
- set resdung/alergik
- set asma/ekzema
- set kecantikan kulit 
- set kesuburan/ set keintiman

Anda juga boleh mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli dengan menggunakan ID saya 880232. di mana-mana cawangan Shaklee berhampiran anda. Dan anda juga boleh mendapatkan konsultasi tentang cara pemakanan dan sebagainya daripada saya.

sms : 013-6472335

Wednesday 6 February 2013

Tuesday 5 February 2013

Penyusuan Susu Ibu




Ramai yang mula sedar tentang kebaikan breastfeeding, tapi untuk menjayakannya bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak sentiasa dapat bersama anak mereka seperti wanita bekerjaya.

Lebih mencabar bagi yang mengalami masalah kurang air susu. Disini saya ingin menyenaraikan vitamin-vitamin yang baik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Insyaa Allah ia bukan saja dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Malah ia juga dapat menjadikan ibu-ibu lebih sihat dan ceria dalam menjalani kehidupan seharian.

Rata-rata ibu yang mengambil vitamin Shaklee mendapati susu yang dihasilkan lebih pekat dan lebih banyak jadi mudah untuk menghasilkan stok. Lebih mengembirakan ibu-ibu juga semakin sihat selepas mengamalkan vitamin Shaklee ini.
  

SET PENYUSUAN

Set B
Set E

Set 3M

Vita Lea
B Complex
Vita C
Alfalfa
Vita Lea
B Complex
Vita C
Alfalfa 
OsteMatrix
Vita Lea
B Complex
Vita C
Alfalfa 
OsteMatrix
Energizing Soy Protein (ESP)

Vita Lea           : Vitamin lengkap untuk ibu dan anak
B Complex       : Memulihkan kecederaan saraf, mengurangkan stress
Vita C               : Antioksida untuk ibu dan anak. Meningkatkan imunisasi tubuh
Alfalfa               : Beperanan sebagai milk booster. Mineral yang lengkap. Membantu
                             proses detoksifikasi
OsteMatrix       : megelakkan masalah kekurangan kalsium pada ibu yang menyusukan
                              anak
Energizing Soy : Memekatkan susu yang terhasil. Memberikan tenaga buat ibu-ibu yang  
Protein (ESP)      menyusukan anak, walaupu kerap bangun malam ibu-ibu tetap betenaga
                              menjalankan rutin seharian. Mempunyai pelbagai lagi manfaat lain dari
                              sudut kesihatan dan kecantikan



Ibu-ibu harus sedar apa yang di makan oleh ibu akan dikongsi oleh anak jadi pengambilan vitamin yang bermanfaat untuk ibu akan memberi manfaat kepada anak yang menyusu juga.