Pages

Subscribe:

Friday 8 February 2013

Anti-aging (Awet muda)

Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Diam-diam kita sudah pun berada di tahun 2013. Alhamdulillah, Ada yang bertambah rezeki, ada yang bertambah zuriat, ada yang bertambah tangung jawab tapi yang pasti kita semua bertambah usia.  Bercakap tentang bertambah usia ni banyak lah isu-isu yang seiringan dengannya. 

Ada orang takut jadi tua, ada yang rahsiakan usia semata-mata nak orang fikir dia muda. Cuba fakir kenapa agaknya.. Sebanarnya ini bukan isu nombor, ini isu keadaan diri. kalau umur 100 tahun sekalipun tapi nampak macam 20 tahun semua orang tak kisah tentang usia, mungkin mereka akan berasa bangga pula menyebut usia sebenar mereka. Jadi buat apa menipu usia pada orang, lebih baik pebaiki diri kita supaya orang lain nampak kita muda. Umur?? biar diorang tentukan berapa he..

Bila bercakap tentang muda , kita tidak dapat lari dari Collagen. Apakah Collagen sebenarnya?.  Di sini  saya kongsikan apa sebenarnya Colagen dan apakah fungsinya dalam tubuh kita.


Kolagen yang menyusut menghasilkan kedutan pada kulit

Kolagen merupakan protein yang terdiri daripada asid amino, yang mana ianya terbina daripada carbon, oksigen dan hydrogen. Kolagen terdiri daripada amino asid yang tertentu iaitu Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine.

Daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia Kolagen merupakan kira-kira 30% daripadanya. Ianya merupakan struktur yang kuat dan teguh yang terdapat dalam tubuh manusia seperti tulang, tendon dan ligamen.

kolagen juga merupakan sebahagian daripada tisu penghubung pada kulit manusia yang menjadikan ianya anjal dan lembut. Malah ianya juga membantu pembaharuan kepada sel-sel kulit. 

Selain daripada itu kolagen juga wujud dalam tisu otot licin (smooth muscle). Saluran darah, saluran pencernaan, jantung, pundi hempedu dan buah pinggang. Malahan kolagen merupakan komponen utama dalam rambut dan kuku. 

Namun sealiran dengan penambahan usia penghasilan kolagen akan semakin bekurangan, akibatnya kulit akan menjadi lebih tipis dan mudah rosak. Malahan ianya akan kendur dan berkedut. Rambut tidak lagi lebat dan berseri. Tendon dan ligament menjadi kurang anjal, sendi pula mula mengetat dan menimbulkan rasa sakit. 


Kesan kekurangan kolagen terhadap struktur wajah manusia.


 Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa kolagen bukan saja merupakan unsur yang tidak asing dalam tubuh manusia malahan ianya sangat penting bagi tubuh untuk berfungsi dengan baik.

Namun semakin bertambah usia seseorang semakin kurang kolagen  yang mampu dihasilkan oleh tubuh. Jadi Shaklee menawarkan jalan penyelesaian bagi perkara ini. 

Kita perlu sedar pengambilan kolagen bukan hanya bagi tujuan kecantikan tetapi ia juga mampu mengatasi pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis malahan masalah kabur penglihatan bagi golongan berusia.

Di sini saya senaraikan antara manfaat mengamalkan pengambilan kolagen Shaklee.

•    menghasilkan asid amino  penting seperti :
•    lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina 
     struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
•    melembap, menegang dan menganjalkan  kulit, mengekalkan kulit cantik serta 
      menghalang penuaan.
•    arginin - menghasilkan pola tidur  dan memudahkan  tidur nyenyak.
•    mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
•    melindungi tulang rawan pada sendi daripada kerosakan oksidatif .
•    menampung air dalam tubuh.
•    Membantu meningkatkan penyerapan kalsium.
•    menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
•    meningkatkan isyarat induksi
•    meningkatkan kualiti rambut dan kuku.

Jadi apa tunggu lagi dapatkan Shaklee Collagen Powder anda hari ini.




Saranan pengambilan Shaklee Collagen Powder di waktu pagi semasa perut kosong untuk kesan yang optimum.


Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335

0 comments:

Post a Comment