Masalah
jerawat bukan hanya mempengaruhi keadaan luaran seseorang, malah ia turut memberi
kesan dari sudut emosi dan keyakinan diri. Jadi amat penting untuk kita menilai
isu jerawat dari sudut yang lebih serius bebanding hanya sebagai isu penampilan
yang boleh di remehkan.
Jerawat
sebenarnya terhasil apabila pori-pori tersumbat dan terkena jangkitan. Seperti yang
kita ketahui hormon memainkan peranan dalam penghasilan jerawat. biasanya tubuh
akan menghasilkan sebum (minyak) dan merembeskannya melalui kelenjar minyak
(sebaceous glans). Cecairan minyak ini sebenarnya penting bagi melindungi kulit
dari unsur luaran dan bagi tujuan melembabkan kulit.
 |
Proses penghasilan jerawat pada permukaan kulit |
Tetapi
semasa usia remaja, dan pada ketika berlakunya ketidakstabilan hormon proses
yang sepatutnya mendatangkan manfaat pada kulit sebaliknya menjadi pencetus kepada masalah jerawat. Ini kerana
ketidakstabilan hormon akan meningkatkan penghasilan sebum seterusnya menyumbat
rongga kelenjar. Maka terhasilah
bonjolan merah di atas permukaan kulit iaitu jerawat.
Ini seterusnya meningkatkan pertumbuhan bakteria dan yis pada kulit. Perumbuhan
organisma ini pula menghasilkan inflamasi atau keradangan pada kulit. Keradangan
di permukaan kulit akan menghasilkan bintil jerawat manakala keradangan di
lapisan bawah kulit biasanya akan menghasilkan parut.
Biasanya
orang akan mengambil antibiotik bagi menyelesaikan masalah jerawat tetapi
penggunaan antibiotik untuk jangka masa yang panjang bukan hanya boleh
menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk malah mampu menyebabkan masalah
pencernaan.
Jadi
pengambilan Supplement yang bersesuaian adalah digalakkan bagi mengatasi
masalah jerawat secara semulajadi dan tanpa kesan buruk pada masa akan datang.
Antara
yang disarankan oleh pakar ialah penggambilan Zinc, omega 3, vitamin E dan
vitamin A ( rujukan buku: prescription
for natural cures). Saranan saya ambillah supplement Shaklee untuk kualiti yang terjamin..
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
0 comments:
Post a Comment