Berikut merupakan antara penyebab Buasir
Zinc Complex : Membantu penyembuhan luka di bahagian dubur Omega Guard :Membantu mengecutkan otot dubur yang bengkak Ostematrix : Mengatasi sembelit yang menjadi punca utama buasir Beminat dengan vitamin Shaklee Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya : Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com Call/SMS : 016-6472335 Whatsapp: 019- 3382335 |
Friday, 8 February 2013
Buasir
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera semua. Hari ini saya nak bekongsi tentang sejenis penyakit
yang orang selalu buat lawak tentangnya tapi hakikatnya tidaklah selucu yang di
sangka. Malahan orang yang menghidapnya pasti tahu kesakitan, kepedihan dan
ketidakselesaan yang di hadapi, lebih menyukarkan ‘lokasi kejadiannya’ yang agak ‘sulit’
menjadikan ramai orang hanya mendiamkan diri dan menanggung penderitaan sendirian.
Buasir
adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum atau dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar ia menyebabkan membran di sekitarnya
membengkak, seterusnya menimbulkan rasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir
terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum,
menyebabkan dinding vena darah meregang dan membonjol. Malahan adakalanya
ia boleh pecah.
Buasir boleh di bahagikan kepada dua, iaitu buasir
dalaman dan luaran. Biasanya
buasir dalaman, tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke
dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi aktiviti meneran dan
pegerakan najis yang melaluinya boleh mencederakan permukaan buasir dan seterusnya
menyebabkannya pendarahan berlaku. Hasilnya anda akan terlihat titisan
darah yang berwarna merah cerah pada mangkuk tandas. Walaupun keadaan ini
tidak berbahaya namun adalah dinasihati anda mendapatkan bantuan perubatan,
kerana darah tersebut mungkin dari sumber lain seperti ketumbuhan
atau kanser kolorektum. Malahan sekiranya ianya belarutan penghidapnya mungkin
menghadapi masalah kekurangan darah atau anemia.
Buasir Luaran pula akan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit,
pedih dan gatal di dubur. Malahan jika buasir ini tersepit (bekalan darah
akan terputus), pembekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan
ia terasa amat sakit. Gejala-gejala ini menyebabkan buasir luaran memerlukan
rawatan perubatan. Apabila salur darah vena rektum teregang dan
terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang sepenuhnya. Buasir ini
boleh berulang kembali walaupun dengan tekanan yang lebih ringan
berbanding yang terdahulu.
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment