Wednesday, 7 May 2014
Saturday, 3 May 2014
ALAMAK TERLUPA !!....
Biasa dengar tak ayat tu, atau anda sendiri biasa menggunakannya. kalau sebulan dua kali ok lg, kalau tiap hari 2, 3 kali jadi semestinya menggangu urusan seharian. Apatah lagi kalau terlupa benda-benda penting seperti membawa fail untuk meeting, menjemput bos dari lapangan terbang (maunya kena potong bonus tahunan anda nanti he..)
Bila lupa sekali tepuk dahi, bila lupa lagi tepuk dahi lagi lama-lama dahi pun boleh senget sebelah he..
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah ini. Antaranya peningkatan usia, tekanan, kekurangan nutrisi (Vitamin B12 dan Folic Acid), mental yang pasif (seperti kurang membaca), kecederaan kepala dan beberapa lagi faktor lain. tetapi bagi kebanyakan individu faktor utama ialah di sebabkan kekurangan nutrisi dan tekanan.
Terdapat beberapa petua yang saya ketahui boleh diamalkan bagi mengurangkan terjadinya masalah lupa ini antaranya membuat catitan, jangan saja LUPA di mana anda letak catitan pula, nyaya he.. Mengikat tali di jari, satu pekara 1 tali, kalau 10 ok lagi, kalau 20 sampai ke jari kaki bertali nanti. Satu lagi yang pernah guru saya ajarkan ialah membawa batu kecil di kocek, tapi jangan LUPA keluarkan ya sebelum cuci takut pula jadi tragedi yang TAK DAPAT DILUPAKAN nanti..
Tapi seeloknya perbaiki pengambilan nutrisi dan gaya hidup kita kerana ia lebih berkesan dan bertahan lama. Sekiranya anda tidak pasti dari mana boleh mendapatkan sumber yang baik bagi menampung kekurangan nutrisi ini, dapatkanlah dari Shaklee..
Berikut merupakan set suplement Shaklee yang amat bermanfaat meningkatkan daya ingatan anda insyaAllah.. Ianya juga bagus untuk para pelajar bagi meningkatkan kecerdasan dan kecekapan belajar.
Tapi boleh juga di mulakan dengan set yang paling asas iaitu B complex dan Omega guard. Hubungi saya untuk penerangan lanjut tentang produk.
Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, hubungi saya :
Email :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp :019-3382335Email :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Friday, 2 May 2014
JAGA KESIHATAN vs JAGA KECANTIKAN
Biasa kita dengar dari iklan mahupun orang disekeliling, nak cantik pakailah lipstik merah, pakailah tudung meriah, pakailah rantai panjang, pakailah corak lintang, pakailah yang terkini, pakailah baju baldu, pakailah bulu mata palsu.. Kita dengar hari-hari, kita dengar sejak kecil lagi hingga kita percaya itulah kunci kecantikan.
Perasan atau tidak apa yang disebut tadi semuanya luaran, semuanya sementara, kita tepek kat pipi, kita sapu di bibir, kita pakai dikepala.
Mungkin memang sesetengahnya masa kita pakai kita menarik, kita cantik tapi tak kan nak pakai 24jam. Kalau orang suka kita sebab benda-benda palsu yang kita pakai tak ke nyaya. Takut pula sampai kena saman oleh suami yang rasa tertipu nanti he..
Bayangkan diri kita macam rumah, kita pakaikan langsir ropol-ropol, kita catkan dindingnya warna-warni tapi kita tak jaga strukturnya, tiangnya reput, dindingnya nak tecabut. Kalaupun langsir tu buat rumah tu cantik tapi selama mana? Kan lebih elok jaga strukturnya, jaga bumbungnya, jaga dindingnya, lagi bertahan lama kecantikannya.
Cuba kaitkan dengan diri kita sendiri, bagi saya daripada beli kasut tumit tinggi bagus beli Ostematrix biar tulang sihat dan kuat. Dari beli bedak warna-warni, bagus beli vitamin C jadi kulit akan berseri semulajadi. Senang kata, jaga kesihatan selebihnya terimalah diri kita seadanya InsyaAllah kita akan lebih bahagia.
Percayalah orang yang sihat akan nampak cantik walaupun tanpa make up yang tebal, mari ubah mentaliti kita. Jom dapatkan set kesihatan untuk sekeluarga seisi rumah dapat manfaat.
Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, hubungi saya :
Email :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp :019-3382335Email :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Thursday, 1 May 2014
Meal shake untuk anak cerewet makan
Situasi anak-anak yang cerewat makan adalah perkara yang biasa sebenarnya. sekiranya anda mengalami keadaan ini percayalah anda tidak keseorangan. Cuma masalahnya kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi yang lengkap biasanya akan mudah jatuh sakit seterusnya menjejaskan potensi sebenar mereka.
Oleh itu ibu-ibu perlulah lebih kreatif dalam memastikan anak-anak memperolehi nutrisi yang diperlukan. salah satu cara yang dapat saya sarankan ialah dengan menambahkan mealshake Shaklee dalam rutin hidangan seharian anak-anak.
Meal shake merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Malahan ia juga bagus bagi mengatasi masalah sembelit di kalangan kanak-kanak. Selain dari itu meal shake juga dapat meningkatkan selera makan anak-anak, insyaAllah..
Besempena promo Mei 2014 maka adalah masa yang sangat sesuai bagi ibu-ibu yang baru mahu mencuba. Manakala yang sedia mengamalkannya apa lagi jom beli satu set buat stok, Bebaloi-baloi..
Oleh itu ibu-ibu perlulah lebih kreatif dalam memastikan anak-anak memperolehi nutrisi yang diperlukan. salah satu cara yang dapat saya sarankan ialah dengan menambahkan mealshake Shaklee dalam rutin hidangan seharian anak-anak.
Besempena promo Mei 2014 maka adalah masa yang sangat sesuai bagi ibu-ibu yang baru mahu mencuba. Manakala yang sedia mengamalkannya apa lagi jom beli satu set buat stok, Bebaloi-baloi..
Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp :019-3382335Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Wednesday, 30 April 2014
HEBATNYA OSTEMATRIX

Bak kata orang kecil-kecil cili padi. Saiznya comel je tapi manfaatnya banyak. Apa hebatnya si comel lote ni.. mari saya senaraikan.
1. Mengatasi masalah susah tidur
2. Memudahkan bangun pagi
3. Mengatasi sembelit
4. Mengatasi lenguh badan
5. Mengelakan kekejangan otot kaki, ada yang panggil dengan
istilah 'seliuh biawak' bagi wanita mengandung
istilah 'seliuh biawak' bagi wanita mengandung
6. Menggalakan pertumbuhan tulang yang kuat
7. Membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh
8. Membantu degupan jantung yang sihat
Lapan alasan bagi saya sudah cukup untuk saya memastikan si comel ini berada di rumah saya. Anda bagaimana?..
Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp :019-3382335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Wednesday, 9 October 2013
KENALI TUBUH KITA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ni nak buat satu entry ringkas saja tentang fungsi organ manusia. pernah tak kita terfikir apakah fungsi setiap organ yang di ciptakan pada tubuh kita. semoga entry ni dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat dan mudah-mudahan dapat menambahkan rasa syukur kita kepada yang Maha Esa..
ORGAN
|
FUNGSI
|
Otak
|
Mengawal system saraf
|
Jantung
|
Mengawal atur
peredaran darah dalam tubuh
|
Paru-paru
|
Membantu membekalkan oksigen untuk tubuh
|
Peti suara
|
Menghasilkan suara
|
Perut
|
Menguraikan makanan
|
Hati
|
Menghasilkan bahan kimia yang penting bagi kehidupan dan
pencernaan
|
Pundi hempedu
|
Membantu pencernaan makanan
|
Pancreas
|
Membantu
mengawal paras gula dalam badan
|
Limfa
|
Membantu menentang jangkitan
|
Usus kecil
|
Menyerap zat makanan
|
Usus besar
|
Menyerap air
dan menyingkirkan bahan buangan
|
Buah pinggang
|
Mengawal atur
cecair dalam badan
|
Pundi kencing
|
Menyimpan air kencing
|
Kulit
|
Melitupi tubuh
|
Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Sunday, 26 May 2013
KEHAMILAN
Saat kehamilan sememangnya indah dan dinantikan oleh setiap wanita bergelar isteri. Namun keindahan yang dirasakan tidak dapat memadam kesulitan yang di alami sepanjang tempoh kehamilan. Setiap wanita akan mengalami komplikasi yang berbeza-beza.
Ada yang muntah-muntah, situasi ini biasanya akan berlarutan sehingga 4 bulan bagi kebanyakan wanita. Tetapi ada juga yang mengalaminya sepanjang kehamilan.

Ada yang mengalami kekejangan kaki atau 'seliuh biawak'. sekali kena memang nak menangis, apatah lagi berkali-kali. Ada pula yang mengalami sembelit yang berpanjangan, mengalami kesukaran untuk tidur, apatah lagi bangun tidur he... Masalah urat timbul, tulang rapuh, gigi luruh dan banyak lagi.
Jadi amat penting kita mendapatkan nutrisi secukupnya yang diperlukan oleh tubuh sepanjang tempoh kehamilan. Apa yang diperlukan oleh tubuh ketika hamil tentunya tidak sama dengan sebelumnya. Kekurangan nutrisi bukan saja mampu memburukan kompliaksi sepanjang tempoh kehamilan, tetapi turut memberikan kesan selepas bersalin nanti.
Contohnya kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan kaki semasa tempuh kehamilan, manakala selepas bersalin nanti anda bukan saja kehilangan lemak malahan gigi anda. Bayangkan senyuman anda tanpa gigi selepas bersalin nanti. Percayalah tudung ropol-ropol pun tak 'dapek nak nolong' he..
Jadi mari kita tengok set kehamilan Shaklee yang best ni dan fungsi setiap satunya
1. Vita-Lea : membekalkan nutrisi yang lengkap
2. B Complex : mengekalkan kesihatan tubuh, saraf dan mengandungi asid folic yang bagus
untuk ibu dan bayi.
3. Vita C : Mengekalkan kesihatan gusi dan keanjalan urat, mengelakan gusi
berdarah dan masalah urat timbul
4. Oste Matrix : Membekalkan kalsium yang diperlukan oleh tubuh, mengelakan tulang
dan gigi rapuh. Mengelakan masalah 'seliuh biawak', malahan kalsium yang
mencukupi semasa hamil turut dapat mengurangkan risiko tekanan darah
tinggi ketika hamil.
Psst: kandungan Mg dalam Ostematrix juga dapat membantu mengatasi masalah sembelit tau..
Beminat dengan vitamin Shaklee
Jom dapatkannya segera, hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Whatsapp :019-338233
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Tuesday, 21 May 2013
KANSER / BARAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari Ini saya mahu bekongsi tentang penyakit Kanser atau barah. Perkataan CANCER sebenarnya berasal dari perkataan Greek yang bermaksud ketam, yang mana ianya tersebar di dalam tubuh pengidapnya seperti sepit ketam.
Kanser merupakan penyakit yang mana sell tubuh berganda secara tidak normal dan tidak terkawal, seterusnya menghasilkan ketumbuhan atau lebih dikenali sebagai tumor. kanser boleh bermula dari mana-mana bahagian tubuh tetapi boleh tersebar keseluruh tubuh sekiranya tidak dikawal dengan pantas.
Kanser yang paling kerap berlaku adalah kanser kulit namun kanser kulit bukan sahaja tidak berpotensi untuk merebak malahan mudah dirawat. Kanser yang paling kerap menyebabkan kematian ialah kanser paru-paru dan kebanyakan pengidapnya merupakan perokok.
Walaupun kanser boleh disebabkan oleh bawaan genetik namun kebanyakannya adalah disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kajian juga menunjukkan kira-kira 6 juta kematian diseluruh dunia di sebabkan oleh Kanser setiap tahun.
Cara terbaik bagi mengatasi kanser ialah dengan mengamalkan diet yang sihat iaitu diet yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah buahan, yang mana inaya mempunyai unsur-unsur antioxsidan yang tinggi.
Mengamalkan pengambilan Suplemen yang bersesuaian juga insyaa Allah dapat membantu. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang baik bagi tujuan ini, antaranya ialah VIVIX, Carotomax, Vita C dan Vitamin E complex yang mana ianya kaya dengan unsur-unsur antioksida
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Friday, 15 February 2013
Jerawat (Acne)
Masalah
jerawat bukan hanya mempengaruhi keadaan luaran seseorang, malah ia turut memberi
kesan dari sudut emosi dan keyakinan diri. Jadi amat penting untuk kita menilai
isu jerawat dari sudut yang lebih serius bebanding hanya sebagai isu penampilan
yang boleh di remehkan.
Jerawat
sebenarnya terhasil apabila pori-pori tersumbat dan terkena jangkitan. Seperti yang
kita ketahui hormon memainkan peranan dalam penghasilan jerawat. biasanya tubuh
akan menghasilkan sebum (minyak) dan merembeskannya melalui kelenjar minyak
(sebaceous glans). Cecairan minyak ini sebenarnya penting bagi melindungi kulit
dari unsur luaran dan bagi tujuan melembabkan kulit.
| Proses penghasilan jerawat pada permukaan kulit |
Tetapi
semasa usia remaja, dan pada ketika berlakunya ketidakstabilan hormon proses
yang sepatutnya mendatangkan manfaat pada kulit sebaliknya menjadi pencetus kepada masalah jerawat. Ini kerana
ketidakstabilan hormon akan meningkatkan penghasilan sebum seterusnya menyumbat
rongga kelenjar. Maka terhasilah
bonjolan merah di atas permukaan kulit iaitu jerawat.
Ini seterusnya meningkatkan pertumbuhan bakteria dan yis pada kulit. Perumbuhan
organisma ini pula menghasilkan inflamasi atau keradangan pada kulit. Keradangan
di permukaan kulit akan menghasilkan bintil jerawat manakala keradangan di
lapisan bawah kulit biasanya akan menghasilkan parut.
Biasanya
orang akan mengambil antibiotik bagi menyelesaikan masalah jerawat tetapi
penggunaan antibiotik untuk jangka masa yang panjang bukan hanya boleh
menyebabkan masalah jerawat yang lebih teruk malah mampu menyebabkan masalah
pencernaan.
Jadi
pengambilan Supplement yang bersesuaian adalah digalakkan bagi mengatasi
masalah jerawat secara semulajadi dan tanpa kesan buruk pada masa akan datang.
Antara
yang disarankan oleh pakar ialah penggambilan Zinc, omega 3, vitamin E dan
vitamin A ( rujukan buku: prescription
for natural cures). Saranan saya ambillah supplement Shaklee untuk kualiti yang terjamin..
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Monday, 11 February 2013
Visceral Fat Vs. Subcutaneous Fat
Seringkali kita dengar orang nak buang lemak. Lemak dikaitkan dengan
pelbagai perkara negatif, tubuh tak menarik la, perut buncit la, malahan
pelbagai penyakit turut dikaitkan dengan lemak.
Sebenarnya lemak turut memainkan peranan yang penting bagi tubuh contohnya
sebagai sumber penyimpanan tenaga. Malahan lemak turut merembes beberapa jenis
hormon bagi melancarkan fungsi tubuh, antaranya leptin, adiponectin dan hormon
tumor necrosis factor-alpha. Walaupun begitu lemak berlebihan sememangnya
mendatangkan lebih banyak masalah daripada kebaikan.
Terdapat
dua jenis lemak dalam tubuh manusia iaitu Viseral fat (lemak dlm rongga abdomen)
dan Subcutaneous fat (lemak di bawah permukaan kulit). ’Subcutaneous fat’ akan menyebabkan selulit dan kegendutan. Manakala
’viseral fat’ pula menyebabkan
implikasi yang lebih buruk antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis (type
2), kolesterol tinggi penyakit jantung malahan strok.
Diagram menunjukkan kedudukan viseral fat dan subcutaneous fat
Viseral fat boleh memenuhi rongga perut dan menyelaputi organ-organ penting dalam tubuh seperti, hati jantung, pundi hempedu, pancreas dan organ-organ lain yang terdapat dalam rongga abdomen, perkara ini seterusnya menggangu fungsi organ tersebut. Sesiapa saja berpotensi mempunyai viseral fat sekalipun mereka yang kurus. Mereka yang bekerja di dalam pejabat dan kurang bergerak paling berisiko mempunyai viseral fat.
Bentuk badan turut mempengaruhi
pengumpulan viseral fat. Individu yang mengalami kegemukan bentuk `apple shape’ lebih
berisiko mempunyai viseral fat bebanding individu yang mengalami kegemukan bentuk `Pear
shape’.
Tetapi masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan mengamalkan diet yang sihat dan senaman yang teratur. Serta mengamalkan pengambilan supplement yang bersesuaian. Omega Guard, Lecithin dan Alfalfa dari Shaklee merupakan supplement yang terbaik untuk anda.
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Saturday, 9 February 2013
Resdung / Sinusitis
Resdung atau Sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku
pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manusia. Sinus adalah rongga yang
dipenuhi udara ia terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ianya
boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan
Maxillary.
Apabila membran mukos dijangkiti oleh bakteria,
virus atau kulat, ia akan menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran
mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak ini akan
mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.
Apabila seseorang mengalami reaksi alahan,
lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak seterusnya
menggangu pergerakan udara serta pengeluaran cecair.
Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan
masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya, malah
pada fasa yang lebih teruk boleh menybabkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan
berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain
merebak ke otak.
Berikut
merpakan simptom Sinusitis
- Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
- Sakit di bahagian dahi berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
- Sakit di bahagian belakang mata dan di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
- Sakit di sekitar mata atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
- Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
- Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka.
- Hidung yang sentiasa berair.
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
- Bersin dan gatal hidung.
- Hidung tersumbat.
- Kurang deria rasa atau bau.
- Demam atau rasa tidak sedap badan.
- Pening kepala.
- Kelesuan.
Jadi cubalah Shaklee untuk mengatasi masalah resdung, apa yang diperlukan hanyalah
B-Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Insyaa Allah berkesan.
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Alergi (Alahan)
Alergi (alahan) boleh ditakrifkan sebagai reaksi system imun tubuh terhadap
sesuatu yang tidak menyebabkan masalah kepada orang lain. Orang yang menghadapi
masalah Alergi biasanya akan sensitif terhadap lebih dari satu benda. Benda-benda
yang biasanya mampu mencetus reaksi alergi termasuklah.
- Debunga
- Debu hama
- Makanan
- Gigitan serangga
- Ubat-ubatan
- Kulit haiwan (lama yg mengelupas) (pet dander)
Bagaimanakah seseorang itu boleh menghidap alergi? Secara saintifiknya telah
dibuktikan bahawa kedua-dua faktor genetik dan persekitaran turut menyumbang
dalam tercetusnya alergi.
Alergi boleh menyebabkan hidung berair, bersin, kegatalan, pembengkakan mahupun asthma. Simptomnya adalah berbeza-beza mengikut individu. Aergi biasanya tidak menyebabkan kematian tetapi reaksi alergi yang teruk yang dikenali sebagai anaphylaxis boleh mengancam nyawa.
Anaphylaxis adalah fasa reaksi alergi keseluruhan badan, ia berlaku dengan pantas kepada pendedahan bukan kali pertama terhadap bahan pencetus alergi. Tisu-tisu badan akan membebaskan histamine serta beberapa bahan lain seterusnya meyebabkan penyempitan saluran pernafasan, serta pelbagai lagi simptom lain.
Jadi jangan biarkan alergi anda menjadi lebih teruk dan memusnahkan kualiti hidup anda, cubalah Shaklee, apa yang diperlukan hanyalah B-Complex, Vita C, Alfalfa dan GLA Insyaa Allah dapat menyelesaikan masalah Alergi anda.
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Friday, 8 February 2013
Buasir
Assalamualaikum dan
selamat sejahtera semua. Hari ini saya nak bekongsi tentang sejenis penyakit
yang orang selalu buat lawak tentangnya tapi hakikatnya tidaklah selucu yang di
sangka. Malahan orang yang menghidapnya pasti tahu kesakitan, kepedihan dan
ketidakselesaan yang di hadapi, lebih menyukarkan ‘lokasi kejadiannya’ yang agak ‘sulit’
menjadikan ramai orang hanya mendiamkan diri dan menanggung penderitaan sendirian.
Buasir
adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum atau dubur.
Apabila vena ini membonjol keluar ia menyebabkan membran di sekitarnya
membengkak, seterusnya menimbulkan rasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir
terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum,
menyebabkan dinding vena darah meregang dan membonjol. Malahan adakalanya
ia boleh pecah.
Buasir boleh di bahagikan kepada dua, iaitu buasir
dalaman dan luaran. Biasanya
buasir dalaman, tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke
dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi aktiviti meneran dan
pegerakan najis yang melaluinya boleh mencederakan permukaan buasir dan seterusnya
menyebabkannya pendarahan berlaku. Hasilnya anda akan terlihat titisan
darah yang berwarna merah cerah pada mangkuk tandas. Walaupun keadaan ini
tidak berbahaya namun adalah dinasihati anda mendapatkan bantuan perubatan,
kerana darah tersebut mungkin dari sumber lain seperti ketumbuhan
atau kanser kolorektum. Malahan sekiranya ianya belarutan penghidapnya mungkin
menghadapi masalah kekurangan darah atau anemia.
Buasir Luaran pula akan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit,
pedih dan gatal di dubur. Malahan jika buasir ini tersepit (bekalan darah
akan terputus), pembekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan
ia terasa amat sakit. Gejala-gejala ini menyebabkan buasir luaran memerlukan
rawatan perubatan. Apabila salur darah vena rektum teregang dan
terjadinya buasir, adalah sukar untuk ia dibuang sepenuhnya. Buasir ini
boleh berulang kembali walaupun dengan tekanan yang lebih ringan
berbanding yang terdahulu.
Berikut merupakan antara penyebab Buasir
Zinc Complex : Membantu penyembuhan luka di bahagian dubur Omega Guard :Membantu mengecutkan otot dubur yang bengkak Ostematrix : Mengatasi sembelit yang menjadi punca utama buasir Beminat dengan vitamin Shaklee Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya : Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com Call/SMS : 016-6472335 Whatsapp: 019- 3382335 |
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Anti-aging (Awet muda)
Ada orang takut jadi tua, ada yang rahsiakan usia semata-mata nak orang fikir dia muda. Cuba fakir kenapa agaknya.. Sebanarnya ini bukan isu nombor, ini isu keadaan diri. kalau umur 100 tahun sekalipun tapi nampak macam 20 tahun semua orang tak kisah tentang usia, mungkin mereka akan berasa bangga pula menyebut usia sebenar mereka. Jadi buat apa menipu usia pada orang, lebih baik pebaiki diri kita supaya orang lain nampak kita muda. Umur?? biar diorang tentukan berapa he..
Bila bercakap tentang muda , kita tidak dapat lari dari Collagen. Apakah Collagen sebenarnya?. Di sini saya kongsikan apa sebenarnya Colagen dan apakah fungsinya dalam tubuh kita.
Kolagen merupakan protein yang terdiri daripada asid amino, yang mana ianya terbina daripada carbon, oksigen dan hydrogen. Kolagen terdiri daripada amino asid yang tertentu iaitu Glycine, Proline, Hydroxyproline dan Arginine.
Daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia Kolagen merupakan kira-kira 30% daripadanya. Ianya merupakan struktur yang kuat dan teguh yang terdapat dalam tubuh manusia seperti tulang, tendon dan ligamen.
kolagen juga merupakan sebahagian daripada tisu penghubung pada kulit manusia yang menjadikan ianya anjal dan lembut. Malah ianya juga membantu pembaharuan kepada sel-sel kulit.
Selain daripada itu kolagen juga wujud dalam tisu otot licin (smooth muscle). Saluran darah, saluran pencernaan, jantung, pundi hempedu dan buah pinggang. Malahan kolagen merupakan komponen utama dalam rambut dan kuku.
Namun sealiran dengan penambahan usia penghasilan kolagen akan semakin bekurangan, akibatnya kulit akan menjadi lebih tipis dan mudah rosak. Malahan ianya akan kendur dan berkedut. Rambut tidak lagi lebat dan berseri. Tendon dan ligament menjadi kurang anjal, sendi pula mula mengetat dan menimbulkan rasa sakit.
Kesan kekurangan kolagen terhadap struktur wajah manusia.
Dari huraian di atas dapat disimpulkan bahawa kolagen bukan saja merupakan unsur yang tidak asing dalam tubuh manusia malahan ianya sangat penting bagi tubuh untuk berfungsi dengan baik.
Namun semakin bertambah usia seseorang semakin kurang kolagen yang mampu dihasilkan oleh tubuh. Jadi Shaklee menawarkan jalan penyelesaian bagi perkara ini.
Kita perlu sedar pengambilan kolagen bukan hanya bagi tujuan kecantikan tetapi ia juga mampu mengatasi pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis malahan masalah kabur penglihatan bagi golongan berusia.
Di sini saya senaraikan antara manfaat mengamalkan pengambilan kolagen Shaklee.
• menghasilkan asid amino penting seperti :
• lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina
struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
• melembap, menegang dan menganjalkan kulit, mengekalkan kulit cantik serta
menghalang penuaan.
• arginin - menghasilkan pola tidur dan memudahkan tidur nyenyak.
• mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
• melindungi tulang rawan pada sendi daripada kerosakan oksidatif .
• menampung air dalam tubuh.
• Membantu meningkatkan penyerapan kalsium.
• menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
• meningkatkan isyarat induksi
• meningkatkan kualiti rambut dan kuku.
Jadi apa tunggu lagi dapatkan Shaklee Collagen Powder anda hari ini.
Saranan pengambilan Shaklee Collagen Powder di waktu pagi semasa perut kosong untuk kesan yang optimum.
Jom dapatkannya segera, boleh hubungi saya :
Email Yahoo :khadijahwahari@ yahoo.com
Call/SMS : 016-6472335
Labels:
Kesihatan dan Kecantikan
Subscribe to:
Posts (Atom)























